Sunday 8 June 2014

Nak Berhibur..Silakan..


Nak berhibur..silakan..tapi tolong jangan sampai melalaikan..

Nak berhibur..silakan..tapi tolong cari hiburan yang bersesuaian

Nak berhibur..silakan.. :)

Sunday 1 June 2014

CANTIK



Chinese look??
Pan Asian???
Cantik kan??

Sebagai wanita kita selalu nak tampil cantik..semua itu lumrah..tapi kan lagi bagus andai nya kita tampil cantik kerana Allah??
Kerana Allah sukakan pada kecantikan..sebab tu DIA cipta kita semua dengan sebaik-baik ciptaan..kita semua cantik..
Tapi..
Kalau ada yang rasa dirinya tidak cantik..cuba fikir balik..kalau dengan diri sekarang ni pun rasa tak cukup cantik..dah tak tahu bersyukur..bersyukur sangat ka andai Allah beri paras yang lebih cantik??
Ironi nya manusia..
Selalu lihat pada yang lebihnya orang lain..
Selalu inginkan apa yang ada pada orang lain..
Tidak bersyukur ka??
Allah dah beri banyak.......
Jaga lah hak Allah S.W.T.. Sentiasa bersyukur..tak perlu dengki dengan kelebihan orang lain..tapi dengki la bila orang lain mampu beribadat lebih dari kita..

Waulahu'alam

Friday 15 June 2012

Ibu Ayah

Assalamualaikum..

Ibu..Mama..Umi..Mak..
gelaran bagi wanita yang mempunyai anak...
sedar atau tdk..
bg wanita yg bergelar ibu, mama, umi, mak..dll panggilan..
air mata amat mahal harganya..
terutama apabila si anak membuat kesalahan terhadapnya..
amat susah utk air mata merembes keluar...
mungkin bimbangkan si anak menjadi anak yg derhaka...
hairan, bagaimana seorang anak sanggup membelakangi ibunya..
sedangkan, makan, minum, berak, kencing, pakaian di jaga rapi oleh ibu sedari kecil..
sedih apabila mengetahui seorang anak sanggup membuat seorang ibu menangis...
lebih sedih apabila si ibu sedaya upaya menyembunyikan tangisannya..
betapa mulia nya hati seorang bergelar ibu...
walau hati sendiri terluka, akan tetap menjaga hati seorang anak...
tanpa peduli dgn perasaan sendiri..
sanggup melakukan apa saja asalkn anak nya bahagia...

Ayah..Papa..Abah..
air matamu sungguh sukar terlihat..
tidak pernah sekali engkau basah dgn airmata...
melainkan engkau basah dgn air peluh...
bagimu, mencari nafkah itu penting..
walau payah..engkau sanggup berhempas pulas demi sesuap nasi..
engkau tdk sanggup melihat anakmu menagis kelaparan...
dan seandainya engkau di beri pilihan..
engkau akan memilih utk memenuhi kehendak anakmu...
walau betapa payahnya..engkau akan mencari ikhtiar utk menggembirakan hati anakmu..
namun..setelah anakmu dewasa....
engkau tetap dibiarkan sendiri sesuap nasi utk dirimu...
engkau yg tdk mudah melatah..
hanya diam seribu bahasa...
bagimu, anakmu juga mempunyai tanggungjawab yg lain...
tambahan pula apabila anakmu telah berkahwin...
engkau redha dgn sikap anakmu...
tdk mengungkit walau sikitpun apa yg telah engkau lakukan...

Anak...(Along..Alang...Angah..Acik..Ucu..Adik..Abang..Kakak...Adik)
selepas apa yg ibu dan ayah mu lakukan..
mendidikmu dari kecil hingga dewasa...
menyekolah kan mu dari tadika hingga universiti...
menyediakan makan, pakai dari masih di dalam kandungan...
menyenangkan hatimu tika berduka..
menenangkanmu tika resah..
melindungimu dari panas dan hujan...
sentiasa di sisi apabila engkau perlukan.....
mengapa sanggupnya hatimu mengguris hati mereka?
lupakah engkau tentang kasih sayang mereka?
jangan jadi kacang yang lupakan kulit...
tanpa mereka...engkau bukan siapa-siapa...
tanpa usaha keras mereka membesarkanmu,
engkau tidak akan jadi siapa engkau tika ini...
berubahlah....
pandang wajah ibu bapamu..
tatap la wajah mereka...
kenanglah jasa mereka..
berbaktilah kepada mereka...
insyaAllah...redha engkau akn meendapat redha org tuamu...
juga redha Allah..INSYAALLAH...

.............................I LOVE MY MAMA n PAPA VERY MUCH..................
Semoga Allah jadikan saya anak yg mendapat redah ibu bapa..aamin...:)